Monday 23 May 2011

Tamakninah

korang sure kuat sembahyangkan..aku percaya korang antara hamba Allah yang taat melakukan perintahNya..

nowdays kalau aku pergi shopping..bila masuk je waktu..surau atau masjid sure penuh..berpusu pusu orang datang utk mengerjakan ibadah..namun kekadang aku lihat ada yang solat seperti "ayam patuk jagung" bukan nak mengata..tapi pentingnya kesempurnaan solat itu amat aku titik beratkan..

aku sendiri kadang2 terlepas pandang juga dalam hal ini..tapi tidakkah kita dianjurkan muhasabah diri selalu utk beribadah ditahap yang terbaik setiap kali kita menghadap pencipta kita..wallahualam

mari kita melihat isu yang ingin aku ketengahkan utk kita sama sama perhatikan..

Apakah yang dimaksudkan tamakninah?


Tamakninah dalam bahasa mudah bererti ‘bertenang’, orang putih sebut ‘ease’. Tamakninah ialah berhenti sebentar, sekadar sebutan ‘subhanallah’ sedang anggota berat hendaklah berhenti membuat sebarang pergerakan.

Anggota berat yang dimaksudkan itu ialah kedua tangan hingga ke pergelangan tangan dan kaki. Sekiranya anggota ini bergerak semasa rukuk tanpa berhenti, maka belum lagi dinamakan tamakninah. Kalau pergerakan ini berlaku tiga kali berturut-turut maka batallah solatnya. Anggota ringan ialah jari, lidah, kelopak mata dan zakar. Jika anggota ini banyak pergerakannya, maka tidak batal solatnya, tapi hanya makruh. Ibarat anda memandu sebuah kenderaan, maka pada waktu di persimpangan wajar hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah. Begitulah seharusnya berlaku dalam solat.

Oleh sebab tamakninah sebahagian daripada rukun solat maka pengabaiannya boleh membatalkan solat. Hal ini sering diabaikan kerana kurang pendedahan semasa belajar. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Bayangkan jika kita bersolat sepanjang hayat tetapi kita diibaratkan seperti ayam yang mematuk tanah... Adalah solat kita diterima Allah...?

Di sini disenaraikan tempat yang perlu tamakninah dan kesilapan yang sering terjadi.

1. Rukuk, sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama dan kedua tangan memegang kepala lutut, sepatutnya hentikan pergerakan kasar seketika. Itulah kadar tamakninah yang barangkali sempat dia membaca subhanallah.

2. Iktidal, pergerakan bermula daripada keadaan rukuk kembali menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti dia berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri dahulu dan itulah kadar tamakninah.

3. Sujud, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan tenang itulah kadar tamakninah.

4. Sujud kali kedua, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan itulah kadar tamakninah.

5. Duduk antara dua sujud, sewaktu duduk sambil membaca doa, “rabbighfirli...” tidak mungkin berlaku pergerakan anggota besar, apatah lagi tangan diletakkan di atas paha. Keadaan setenang itulah tamakninah yang harus dipatuhi.

Berikut adalah tempat yang sering diabaikan tamakninah:

1. Iktidal, terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

2. Iktidal, terdapat juga sesetengah orang sama ada orang muda mahupun orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, tangannya diayunkan berkali-kali dan belum sempat tangan itu berhenti, dia telah turun untuk sujud. Solat ini juga tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

3. Sujud, waktu sujud dua kakinya dibiarkan bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna kerana syarat sah sujud bila tujuh anggota sujud mencecah ke lantai. Pada masa yang sama solat itu sah kerana tidak berlaku tamakninah.

Selain itu, sewaktu kita bangun daripada sujud kedua kepada rukun berdiri tegak untuk rakaat seterusnya tidak ada tamakninah. Namun untuk lebih bersopan kita disunatkan duduk sebentar yang perbuatan itu diberi nama duduk istirahat. Duduk yang dimaksudkan ini bukan tetap seperti yang dilakukan ketika duduk antara dua sujud tetapi sekadar berhenti. Ibarat anda memandu kereta, pada persimpangan yang tidak sebuk anda membrekkan kenderaan tetapi tayarnya masih bergerak. Wallahu ‘alam.

Langkah-langkah memelihara hikmah solat

Ada beberapa hal yang perlu kita perhatikan di saat melaksanakan ibadah solat agar hikmah di dalamnya selalu terjaga.

Pertama: Menjaga rukun-rukun, perkara-perkara wajib dan sunat solat.

Rasulullah SAW bersabda: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihatku solat.”

Kedua: Ikhlas, khusyuk dan menghadirkan hati
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Surah al-Bayyinah 98:5)

Ketiga: Memahami dan mentadabburkan ayat, doa dan makna solat

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Surah al-Maa‘uun 107:4-5)

Kempat: Mengagungkan Allah dan merasakan kehebatan Allah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “…Kamu mengabdi kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan apabila kamu tidak melihat-Nya, maka (yakinlah) bahwasanya Allah melihat kamu…” (Hadis riwayat Muslim)

Pesanan aku beribadahlah sebaik mungkin..apa guna sekadar beribadah kerna diperintahkan dan melepaskan batuk ditangga..kerugian pada pihak kita..cubalah dapatkan solat sesempurna mungkin kerana SOLAT adalah perkara pertama yang akan dihisab nanti..wallahualam..selamat beramal

No comments:

Post a Comment