Sunday, 15 May 2011

nasi campur

hari ini aku tiada banyak plan sangat..kebetulan yang tersayang pun sibuk dengan aktiviti dia..jadi sebagai ingin menjadi yang memahami aku buat keputusan untuk kepejabat dimana tempat yang amat suka aku lepak dan buat kerja2 aku..

selepas tgk melodi tadi aku bersiap siap untuk mandi dan solat seperti biasa sebelum aku keluar..mudah sikit sebab nanti takyah tercari cari tempat solatkan..dan sebelum ke pejabat aku cadang untuk pergi ke kedai nasi campur yang selalu aku beli lauk disitu selalu..tujuannya adalah untuk buat "price comparison" atau dalam bahasa melayunya perbezaan harga..sebab aku sudah sangat rimas dengan harga yang dikenakan oleh kedai yang selalu aku makan di office aku tuh..meluat pun ada..pernah sekali makan jumpa lipas..aduhai..

jadi setelah selesai agenda dirumah..aku pun ucapkan selamat tinggal pada mama ku (cuba membawa watak anak soleh) dan adik ku juga..tinggal mereka berdua jer penyeri rumah aku..dan aku terus pandu ke kedai Sri Intan..

Jeng jeng jeng (gambar sebelah tu bukan kedai dia yer..hiasan jer)..seperti kedai nasi campur lain kak intan punya kedai juadahnya pun banyak juga..hingga juling juling mata aku pilih makanan..

aku ni kalau beli lauk mmg suka amik banyak2..memang tabiat aku begitu..atas sebab aku ni suka makan sekali sehari jer..jadi proses pemilihan makanan pun bermula..aku dengan sengaja mengambil lauk dengan kuantiti yang banyak..sebab nak buat kajian harga pasarankan..

setelah mengambil sambal udang petai, ayam padprik, telur masin, keladi dan fish ball..dan nafsu aku pun tak tamau benda lain da..aku suruh akak intan yang bungkus..dengan nervousnya tgu sebutan harga..aku terus tanya pada kak intan..

"berapa ringgit kak?"

dia lalu menjawap "rm5" ringkasnya..

hati aku membuak buak mengata "kan aku dah kata murah..ni kalau makan kedai kat office tuh sah sah 8 ringgit lebih tak lari..ngomel kecil aku sambil menuju ke kereta"..

harap harap kedai yang harga mahal itu dapat pertimbangkan harga mereka kembali..kalau tidak buang saja anugerah "kedai harga patut" anda itu..ternyata tak patut sangat..bukan aku saja yang mengadu..ramai lagi dan terlalu ramai sangat..tolong yer..






No comments:

Post a Comment