Monday 23 May 2011

Tamakninah

korang sure kuat sembahyangkan..aku percaya korang antara hamba Allah yang taat melakukan perintahNya..

nowdays kalau aku pergi shopping..bila masuk je waktu..surau atau masjid sure penuh..berpusu pusu orang datang utk mengerjakan ibadah..namun kekadang aku lihat ada yang solat seperti "ayam patuk jagung" bukan nak mengata..tapi pentingnya kesempurnaan solat itu amat aku titik beratkan..

aku sendiri kadang2 terlepas pandang juga dalam hal ini..tapi tidakkah kita dianjurkan muhasabah diri selalu utk beribadah ditahap yang terbaik setiap kali kita menghadap pencipta kita..wallahualam

mari kita melihat isu yang ingin aku ketengahkan utk kita sama sama perhatikan..

Apakah yang dimaksudkan tamakninah?


Tamakninah dalam bahasa mudah bererti ‘bertenang’, orang putih sebut ‘ease’. Tamakninah ialah berhenti sebentar, sekadar sebutan ‘subhanallah’ sedang anggota berat hendaklah berhenti membuat sebarang pergerakan.

Anggota berat yang dimaksudkan itu ialah kedua tangan hingga ke pergelangan tangan dan kaki. Sekiranya anggota ini bergerak semasa rukuk tanpa berhenti, maka belum lagi dinamakan tamakninah. Kalau pergerakan ini berlaku tiga kali berturut-turut maka batallah solatnya. Anggota ringan ialah jari, lidah, kelopak mata dan zakar. Jika anggota ini banyak pergerakannya, maka tidak batal solatnya, tapi hanya makruh. Ibarat anda memandu sebuah kenderaan, maka pada waktu di persimpangan wajar hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah. Begitulah seharusnya berlaku dalam solat.

Oleh sebab tamakninah sebahagian daripada rukun solat maka pengabaiannya boleh membatalkan solat. Hal ini sering diabaikan kerana kurang pendedahan semasa belajar. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Bayangkan jika kita bersolat sepanjang hayat tetapi kita diibaratkan seperti ayam yang mematuk tanah... Adalah solat kita diterima Allah...?

Di sini disenaraikan tempat yang perlu tamakninah dan kesilapan yang sering terjadi.

1. Rukuk, sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama dan kedua tangan memegang kepala lutut, sepatutnya hentikan pergerakan kasar seketika. Itulah kadar tamakninah yang barangkali sempat dia membaca subhanallah.

2. Iktidal, pergerakan bermula daripada keadaan rukuk kembali menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti dia berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri dahulu dan itulah kadar tamakninah.

3. Sujud, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan tenang itulah kadar tamakninah.

4. Sujud kali kedua, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan itulah kadar tamakninah.

5. Duduk antara dua sujud, sewaktu duduk sambil membaca doa, “rabbighfirli...” tidak mungkin berlaku pergerakan anggota besar, apatah lagi tangan diletakkan di atas paha. Keadaan setenang itulah tamakninah yang harus dipatuhi.

Berikut adalah tempat yang sering diabaikan tamakninah:

1. Iktidal, terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

2. Iktidal, terdapat juga sesetengah orang sama ada orang muda mahupun orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, tangannya diayunkan berkali-kali dan belum sempat tangan itu berhenti, dia telah turun untuk sujud. Solat ini juga tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

3. Sujud, waktu sujud dua kakinya dibiarkan bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna kerana syarat sah sujud bila tujuh anggota sujud mencecah ke lantai. Pada masa yang sama solat itu sah kerana tidak berlaku tamakninah.

Selain itu, sewaktu kita bangun daripada sujud kedua kepada rukun berdiri tegak untuk rakaat seterusnya tidak ada tamakninah. Namun untuk lebih bersopan kita disunatkan duduk sebentar yang perbuatan itu diberi nama duduk istirahat. Duduk yang dimaksudkan ini bukan tetap seperti yang dilakukan ketika duduk antara dua sujud tetapi sekadar berhenti. Ibarat anda memandu kereta, pada persimpangan yang tidak sebuk anda membrekkan kenderaan tetapi tayarnya masih bergerak. Wallahu ‘alam.

Langkah-langkah memelihara hikmah solat

Ada beberapa hal yang perlu kita perhatikan di saat melaksanakan ibadah solat agar hikmah di dalamnya selalu terjaga.

Pertama: Menjaga rukun-rukun, perkara-perkara wajib dan sunat solat.

Rasulullah SAW bersabda: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihatku solat.”

Kedua: Ikhlas, khusyuk dan menghadirkan hati
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Surah al-Bayyinah 98:5)

Ketiga: Memahami dan mentadabburkan ayat, doa dan makna solat

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Surah al-Maa‘uun 107:4-5)

Kempat: Mengagungkan Allah dan merasakan kehebatan Allah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “…Kamu mengabdi kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan apabila kamu tidak melihat-Nya, maka (yakinlah) bahwasanya Allah melihat kamu…” (Hadis riwayat Muslim)

Pesanan aku beribadahlah sebaik mungkin..apa guna sekadar beribadah kerna diperintahkan dan melepaskan batuk ditangga..kerugian pada pihak kita..cubalah dapatkan solat sesempurna mungkin kerana SOLAT adalah perkara pertama yang akan dihisab nanti..wallahualam..selamat beramal

Sunday 22 May 2011

Selamat Jalan ke KIWI LAND

Ok benda ni berlaku semalam tapi baru today aku dapat upload, si dia tinggalkan aku untuk sepuluh hari bersama team dia ke KIWI LAND pweeewitt..you mmg hebat lar kekasih..anyway so proud of you and i can see you sangat happy kesana..hope and menyukai dan enjoice!!

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 13jam pasti sudah memenatkan bukan? tapi alhamdulillah kamu sms pagi tadi pukul 645am kata sudah sampai..so sudah pasti teruja bukan..

Semalam almost 48 orang batalion Public Mutual dan mostly group Champion in the house yang conquer flight ke sana..Tahniah!! harap harap korang dapat lapang kan fikiran dan balik dengan semangat yang berkobar kobar..

well aku taktahu kenapa aku masukan entry ini but basically aku rasa macam hilang sesuatu..haih..cepat cepat larh sepuluh hari ni habis..bosan bangat dah ni


sebetulnya aku dan si dia tak pernah berpisah pun jauh jauh macam ni sepanjang kami kenal..kalau ada pun aku atau dia try utk balik secepat mungkin utk see each other..sure lar korang rasa nak muntah baca drama minggu ini..tapi aku rindu dowh..tolong arr faham..kalau korang kutuk aku..memang saja arr nak kena sepak..tak pun..cuba kau hantar orang kau sayang jauh jauh selama sebulan tgk apa jadi..tah tah teruk lagi dari aku..hekhekhek..ok larh..bosan..dah lar tuh babai

Thursday 19 May 2011

Nur Kasih dan 19nya

tara...jeng jeng jeng..itularh dia poster Nur Kasih..hari ni akan ditayangkan pada umum secara serentak di pawagam seluruh Malaysia..aicewah macam promoter plaks..

anyway cerita Nur Kasih ni one of the best love story larh di Malaysia ni..dulu di tv3 dorang dapat 19juta penonton melalui drama siri yang ditayangkan..mgkn mengambil hasil berkat no 19 dorang tayangkan filem ini hari ini iaitu 19mei..wah ada apa apa ke..

office aku antara company yang menjalankan promosi tayangan Nur Kasih so as orang yang terlibat nak juga aku ke pawagam tgk apa cerita nya Nur Kasih The Movie..insyallah malam ni kot aku pergi..yer seorang diri..sekian terima kasih

Wednesday 18 May 2011

DIGI WWWOW AWARDS

wow wow wow wwwow..apa kejadahnya semua ini..hah ini yang nk story mory little stoli..sehari dua ni kat era fm pak nil dan geng nakalnya asyik dok ulang ulang pasai award ini..aku pun agak blur apa kepentingan award ini pada masyarakat umum dan apa sumbangan yang bakal diberikan later..so aku buka websitenya utk mendapat kepastian


dan inilah penerangan yang diberikan oleh mereka :
DiGi passionately believes in Internet For All. It doesn’t matter who you are, what you look like, or what your point of views are – The Internet has a place for everyone to be themselves. For the first time in Malaysia, we’re celebrating the Internet with the DiGi WWWOW Awards that is by the people and for the people. The choice is in your hands!

now turn utk cakap oooooooo camtuh..ok good ..so aku glance thru larh category yang ada and tgk tgk lar siapa yang ada tercalon..well as for me benda baru still mencari hala tuju..byk benda boleh diperbaiki..dan aku rasa usaha ini sangat baik..keep it up DIGI u r rock!!aichewah..walaupun aku tak guna DIGI..tapi benda baik kita support larh..anyway da promo ni DIGI tamau calon saya as candidate ke..hakhakhak..acah wak labu jer..alrite all the best sapa yang bersaing..bersainglah cara sihat dan jangan tipu undi k..tak elok..hahaha dan tak kemana pun..fofuler je lebih..

Bangsar starbucks sesi muhasabah

 semalam aku ke bangsar village 1 jumpa kawan lama aku din..dia kerja disana..lama dah aku janji dengan dia nak jumpa..katanya ada benda yang ingin diborakkan dan mungkin nak tukar tukar pendapat..

sesampai aku disana..dan parking ditempat haram..maka aku dengan senang lenang berjalan kaki ke starbucks..on the way tu terperasan polis escort begitu ramai..dalam hati aku tetuan VIP mana plak lar lepak sini memalam..dekat je aku dengan kereta kereta mewah tersebut..mata aku terlihat kereta hitam bernumber plat KJ10Q..wah sungguh familiar bagi aku..wahal petang tadi baru jer baca cerita cerita tentang owner kereta tu kat satu blog yang femes juga..

sambil menunggu kelibat kawan aku..aku juga sibuk memanjangkan leher dok cari cari juga owner kereta tersebut dan dalam dok cari tuh muncullarh owner kereta tersebut..dan makanya dia datang dengan keluarga..seperti yang disangka aku..

ok tinggalkan bab dia..aku berborak dengan din agak lama juga..biasalarh habiskan masa terluang aku..memandangkan aku dengan si dia ada hal masing masing..jadi aku allocatekan timing aku supaya dapat dimanfaatkan utk masyarakat..dan bersembang larh dengan din..kesian juga dengar cerita si din ni..anyway bagi aku..begitulah Allah..kalau ingin Dia angkat sesuatu darjat seseorang Dia akan uji sehebatnya sebelum mengangkat darjat orang itu sepatutnya..dan buat din kau kena banyak bersabar dalam hal ini dan balas kasih sayang Allah itu sebaik mungkin..

anyway berkat jadi kaunselor dan pendengar yang baik din hadiah kan aku jeng jeng jeng...tumbler starbuck..yang kalau kau purchase harganya ialah rm52..tapi aku dapat percuma..ulang suara percuma..hahaha..thanx din

ps buat sesiapa nak share apa apa masalah atau minta nasihat..atau nak pinjam tinggal aku utk dibebelkan..aku sedia membantu..ok..drop je email or comments..aku layan insyallah

Tuesday 17 May 2011

Badminton dan kasut!

a'hah...dan setelah berjalan proses bersukan aku secara consistent maka wujudlah beberapa permasalahan..nway aku nak cerita sedikit apa yang berlaku last 2 3 kali aku turun ke court badminton bagi rutin aku utk bersukan..alhamdulillah sakit sakit badan aku telah hilang dengan cepat dan recover bagi membolehkan aku beraksi dengan lbih baik lagi..dan dengan kesihatan yang baik ini aku berazam utk teruskan aktiviti ini sejauh mungkin yang aku boleh buat..terkagum kejap malam tadi dengan Prof Azman yang umur dah menjangkau 50++ tapi beraksi seperti orang muda..ternyata badminton dan sukan lain bukanlah hanya sukan meng-khinzir buta..

kembali mengenai badminton balik..nak cerita sikit pasai malam tadi..malam tadi tak ramai..tapi pair yang turun cukup membuatkan aku rasa tegigit kerana semuanya hebat2..umur je yang da tua mereka ni..tapi action still anak muda..

aku dapat juga belasah sampai 4 sets..set last aku yang sangat rancak..cuma sebelum yang last tu..masa aku pair dengan this one uncle..kasut aku belah depan sudah tercabut sikit..


hati aku mula terasa sikit..sebelum ini kasut tuh bawa kemana pun ok jer..berapa lasak pun dia setia jer..semalam terseret sikit je..terus tercabut sedikit depan dia..bingung juga aku..dalam keadaan daif macam ni mula macam macam hal berlaku.

tapi aku habiskan set last aku dengan rancak dan belasah kasut itu habis2an sebab aku takut takdapat rasa da main pakai kasut tuh..tapi alhamdulillah kasut tuh gagah menanti aku hingga set akhir..dan kami MENANG..hekhekhek..hebat tol..

sesudah habis game aku memandang kasut aku dan merasakan aku perlu buat sesuatu untuk perbaiki kasut ini..dan terus memakainya..atau aku...beli je yang baru..hakhakhak..smartkan kasut kat sebelah ni..kalau lar sesiapa yang baca blog ni bemurah hati untuk belikan kasut ini..aku akan nyatakan apa yang bakal dia dapat atas kemuliaan hatinya membelikan kasut ini.

1. Apabila anda belikan kasut ini dengan ikhlas anda serta merta buka buku pahala baru dan mendapat bonus point pahala dari Allah swt
2. Setiap kali saya sarung kasut ini utk bersukan anda akan dapat pahala anda.
3.Setiap kali saya sihat atas bantuan kasut ini setiap kali itulah kredit pahala masuk ke akaun buku anda..wah hebat tak??

Mesti anda tertanya macam mana nk hubungi saya kalau dapat membeli kasut yang comel ini..dropkan saja comment atau email..insyallah saya respond..thanx semua orang

Sunday 15 May 2011

Selamat Hari Guru

hahai entry kali ini membuatkan aku menjadi bingung nak taip apa..tapi aku ingin mengucapkan

"SELAMAT HARI GURU bagi semua guru diseluruh MALAYSIA"


meriahkan ucapan aku??actually aku sendiri taktahu siapa guru kesayangan aku dan siapa yang benar benar aku sanjung sepanjang hidup aku menjadi pelajar..bukan kerna aku ini lupa diri tak sedar siapa yang mengajar aku ABC atau 123..tapi maksud aku di atas adalah tiada guru yang aku buatkan feveret2 ni..semua bagi aku semua guru adalah best dan sangat awesome bagi aku..hah amacam tacing tak..hekhek..aku dah tau da aku ni sweet..hahai..

anyway semoga semua guru didunia ini terus menerus tanpa putus asa utk mendidik anak murid zaman kini yang banyak ragam yang macam macam..and last but not least..wah inggeris communication gitu..aku sarankan semua guru2 amik seni mempertahankan diri..okeh..ok da tata~

FastFive mantap!

Dan sebenarnya biar aku mengaku dulu..aku bosan actually sebab takda apa pun nak dibuat..terasa macam takda life lar plak sejak 2 hari ni..anyway kenapa takda life tuh biar aku sorang je lar tahu..korang takyah susah payah nak tanya kenapa ke apa ke?walaupun niat korang aku tahu semua yang baca blog ni bebaik belaka..

dan mari kita comment sikit FastFive..
aku dah tengok cerita ni kat cinema dengan yang tersayang arr arituh..well belum sempat keluar cinema si dia kata "gempak abis cerita ni..best gila..rasa macam nak tgk lagi"..hah korang pun da dapat sedikit idea kan bagaimana comment bakal aku berikan nanti..tapi aku act cool dengan berkata "biasa larh last episode kan sure nak kasi grab attn supaya nanti orang minta buat lagi" dalam hati aku cerita best ker atau brian o'conner yang comel kerana matanya biru wahai tuan puteri..tapi biasa lah perempuan sifatnyakan suka benda best best..sib baik aku sedikit comel..kalau tak haram..hakhakhak..

dari respond yang aku terima ramai yang kata cerita ini byk tak logiknya dan hasil kajian lebih bertambah benar dengan result menunjukkan bahawa cerita ini terdapat unsur pembohongan yang melampau..namun akibat khayalan yang diberikan unsur pembohongan itu dapat diterima dengan rela hati..

jumaat lepas aku dan officemate aku sekali lagi menonton FastFive ini..itu pun hasil hasutan aku dengan mengatakan cerita ini best..belum start apa lagi kawan aku dah kata logik ke yang lain semua polis dapat cari..Toretto je yang hilang..aku gelak kecik dan kata "kan aku dah warning takda apa yang logik..ini hiburan semata mata"..mereka terima dan sedia utk ditipu lagi..

dan berikut adalah point point yang aku dapat..
1. Mia kan pregnant camner dia leh lompat bangunan tinggi? kan bahaya untuk baby dia..eish eish tipu
2. Mencuri kereta polis takan dorang keluar tuh polis tak sedar..pakai pun baju biasa bukan nyamar..eish eish tipu lagik
3. Merompak balai polis..tarik peti besi sampai tercabut..kuat erk nos power kereta tuh..buatkan aku rasa nak beli sebijik dan try rompak bank kat malaysia (ayat gurau yer jangan tangkap aku)
4. Yang best tuh tiap kali dorang nak halang polis guna peti besi tuh sure peti besi tuh golek pada tempat yang tepat..sudah aku dah bosan kena tipu..haih..

Tapi apa pun bab action dia mmg mantap..thats all tata

nasi campur

hari ini aku tiada banyak plan sangat..kebetulan yang tersayang pun sibuk dengan aktiviti dia..jadi sebagai ingin menjadi yang memahami aku buat keputusan untuk kepejabat dimana tempat yang amat suka aku lepak dan buat kerja2 aku..

selepas tgk melodi tadi aku bersiap siap untuk mandi dan solat seperti biasa sebelum aku keluar..mudah sikit sebab nanti takyah tercari cari tempat solatkan..dan sebelum ke pejabat aku cadang untuk pergi ke kedai nasi campur yang selalu aku beli lauk disitu selalu..tujuannya adalah untuk buat "price comparison" atau dalam bahasa melayunya perbezaan harga..sebab aku sudah sangat rimas dengan harga yang dikenakan oleh kedai yang selalu aku makan di office aku tuh..meluat pun ada..pernah sekali makan jumpa lipas..aduhai..

jadi setelah selesai agenda dirumah..aku pun ucapkan selamat tinggal pada mama ku (cuba membawa watak anak soleh) dan adik ku juga..tinggal mereka berdua jer penyeri rumah aku..dan aku terus pandu ke kedai Sri Intan..

Jeng jeng jeng (gambar sebelah tu bukan kedai dia yer..hiasan jer)..seperti kedai nasi campur lain kak intan punya kedai juadahnya pun banyak juga..hingga juling juling mata aku pilih makanan..

aku ni kalau beli lauk mmg suka amik banyak2..memang tabiat aku begitu..atas sebab aku ni suka makan sekali sehari jer..jadi proses pemilihan makanan pun bermula..aku dengan sengaja mengambil lauk dengan kuantiti yang banyak..sebab nak buat kajian harga pasarankan..

setelah mengambil sambal udang petai, ayam padprik, telur masin, keladi dan fish ball..dan nafsu aku pun tak tamau benda lain da..aku suruh akak intan yang bungkus..dengan nervousnya tgu sebutan harga..aku terus tanya pada kak intan..

"berapa ringgit kak?"

dia lalu menjawap "rm5" ringkasnya..

hati aku membuak buak mengata "kan aku dah kata murah..ni kalau makan kedai kat office tuh sah sah 8 ringgit lebih tak lari..ngomel kecil aku sambil menuju ke kereta"..

harap harap kedai yang harga mahal itu dapat pertimbangkan harga mereka kembali..kalau tidak buang saja anugerah "kedai harga patut" anda itu..ternyata tak patut sangat..bukan aku saja yang mengadu..ramai lagi dan terlalu ramai sangat..tolong yer..






Saturday 14 May 2011

baitullah

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

Thursday 12 May 2011

meninggalkan solat

Solat 5 waktu amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim. Ada kalanya kita melambat-lambatkan dan sengaja malas untuk menunaikan solat. Ketahuilah wahai rakan-rakan sekalian Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

Wednesday 11 May 2011

bersenaman untuk kesihatan - ber badminton di USJ 23

semalam bermulalah aktiviti yang aku rancang setelah sekian lama..berbelah bahagi juga pada mulanya utk pergi..namun aku paksa juga nafsu aku utk tunduk pada akal yang lebih bijak membuat pilihan..well selepas membuat repekan di office dan diselang seli dengan gelak hilaian yang takda batasan..aku dan bebudak office pi makan laksa yang agak best kat area office aku..

selepas membelasah semangkuk laksa..roti boom dan limau nipis ais..perut aku jadi sebu..dan setan setan jahat sudah datang membisik "hang toksah pi larr..sat lagi hang pi..buat muntah jaa..dah lar baru makan.." sungguh membuatkan mood aku malas nak pergi..

tapi aku lawan juga nafsu aku ini..jeng jeng jeng...tepat 810pm aku ajak office mate aku gerak..supaya aku leh tiba rumah awal...mandi dan bersiap sedia utk aku bersukan setelah 2tahun aku tinggal perkataan "SUKAN"

850pm tepat aku berada di court badminton USJ 23..wah berkobar kobar rasanya nak jadi lee chong wei hari ini..hekhekhek 

setelah cukup korum..maka aku pun stretching and membuat beberapa stroke utk dapatkan rhythm yang dah lama kelaut..tepi wow juga..masih boleh main larh dahsyat juga aku ini..

raket aku jer sudah agak uzur..kena fix balik nanti..grip dah nak out da..string plak kena tukar utk dapatkan balik tension yg sebenar..utk kasi otai2 lama tension dengan SMASH aku hak hak hak..well after a few sets mulalah datang beberapa simptom2 kurang enak datang..

aku mula krem bahagian kaki kanan..dan kemudian back aku mmg teramat arr perit..dan kesudahan shoulders aku today amatlah sakit..duhai azab..but kena sabar bebanyak..dan benda ini kena berterusan..semangat tak ??  harap harap bertahan lah..kalau tidak nati apa yang aku nak jawap dengan Allah kerana tak jaga nikmat kesihatan yang Dia berikan..hah??takut korang..pikir pikirkan okies..


PS : kena start bersukan dan tambah ilmu kalau tidak dunia dan akhirat keduanya miang badan nanti..

status facebook : seurat benang

dari FB lagi katanya
“Rumahtangga seumpama seurat benang..Jika isteri tarik suami perlu kendurkan...jika suami yg tarik isteri perlu kendurkan...Jika sama2 tarik putus la benang itu...Dan pastikan jgn org lain trut sama menarik benang itu...."
kata aku plak..yes sangat perlu kesefahaman dan toleransi dalam hubungan berumahtangga..hatta dalam apa pun kalau konsep ini dapat di apply makanya aman dunia hendaknya..insyallah..

iklan pendek yang ber-message



Well iklan ini adalah untuk
15Malaysia - The Tree by Amir Muhammad rasa seronok plak dengar olahan pendapat dari Tuan Guru Nik Aziz.

So lepas ini sedekahlah apa apa yang patut dan jangan sempitkan pemahaman Islam anda dengan hanya merasakan ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang..FB and Blogging pun kalau betul caranya boleh jadi ibadah juga..yeah!!

status facebook : kuli kelas A versus majikan


katanya begini

"Kerja ni perlu ada minat baru bersemangat tapi bila dapat majikan yang hanya tahu mengarah dan anggap kebajikan pekerja itu mudah maka keputusannya elok la dia sendiri kerja seorang diri dari kita jadi hamba abdi ; SP"

kata aku plak : anda sangat benar dan jujur dalam berkata kata..saya pasti anda sangat berlapang dada apabila anda sedang mengeposkan status ini dengan lambakan kerja yang bertubi tubi..

sudah menjadi lumrah dan fitrah alam berkerja mmg begini..boss mengharapkan yang pekerja memahami yang mereka sangat sibuk utk tahu hal remeh temeh dan hanya inginkan result selaras dengan apa yang mereka hajatkan sahaja

dan bagi pekerja pula mengharapkan boss plak paham apa yang mereka buat ini adalah yang terbaik dari presepektif kuli kelas A yang begitu aktif meng-update blog dan FB selalu macam aku..

for me its win-win situation..which kalau faham memahami wujud insyallah..situasi ini akan menjadi keadaan lebih aman..wallahualam..hahai..

PS miang juga kalau selalu banyak kerja..update FB and blog selalu takper plak erk..huhuhu

Tuesday 10 May 2011

kenapa panas sangat lately ?


"KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini."


semakin lama kita duduk..semakin cepat kita mati

 "Semakin Lama Kita Duduk, Semakin Cepat Kita Mati By ariff On May 11, 2011 · 42 Comments · In Health & Fitness Aku baru sedar sejak sebulan dua ni aku banyak menghabiskan masa di depan komputer. Kalau takde class, aku boleh duduk dalam bilik sepanjang hari depan komputer. Dah stop pergi gym sebab takde lagi pertandingan apa-apa dalam masa terdekat ni. Ini sangatlah tidak sihat. Kena start pergi jogging kat hutan belakang hostel ni.


Tahukah anda kalau kita duduk melebihi 6 jam sehari meningkatkan risiko untuk mati sebanyak 40%? Duduk lama-lama depan tv adalah lebih buruk daripada makan nasi lemak tiap-tiap hari. Apa efek kalau kita duduk lama-lama ni sampai boleh jadi bahaya sangat?

  a.. Otot kaki tidak lagi berfungsi ketika kita duduk. Kalau tengok orang yang gunakan kerusi roda, otot mereka semua kecut/kaki jadi kecil sebab otot tak digunakan untuk berjalan (akibat kecacatan/kurang upaya mereka). Sama konsep, semakin kurang kita gunakan otot kaki (semakin banyak duduk) semakin lemah kaki kita.
  b.. Bila duduk lama-lama, pembakaran kalori jatuh sehingga 1 kalori seminit. Macam mana nak buang ‘spare tire’ kalau macam tu? Banyak kalori tersimpan = banyak lemak terkumpul.
  c.. Enzim untuk membantu pembakaran lemak jatuh sehingga 90%. Bila kekurangan enzim ni, pembakaran lemak tidak berlaku pada kadar yang efisyen.
  d.. Keberkesanan hormon insulin jatuh sebanyak 24% selepas kita duduk 2 jam dan ini akan meningkatkan risiko kencing manis (diabetes)

Kebanyakan di antara kita bekerja di pejabat dan duduk melebihi 6 jam sehari. Bagaimana untuk mengurangkan risiko masalah yang disebutkan atas ni?

  a.. Selagi boleh, jangan duduk melebihi sejam. Cari alasan untuk berdiri atau berjalan.
  b.. Lakukan regangan otot kalau anda rasa anda telah duduk terlalu lama.
  c.. Cari aktiviti yang boleh dilakukan selepas waktu kerja. Kalau balik kerja, makan dan terus duduk tengok tv, memang parah dah tu.
Untuk penjelasan dengan gambar yang lebih menarik, check out infographic ni.
Sebar-sebarkan untuk kebaikan kita bersama.

Sumber: Medical Billiing & Coding – Sitting is Killing You"

Berikut adalah email yang officemate aku hantar kat aku dan kawan kawan lain..motifnya berbagai..ada salah sorang officemate aku dapat email terus bangun dari tempat duduk dan berjalan jalan sekeliling office dan membuat pengumuman bahawa yang lain pun perlu bangun dan serta merta buat senaman..antara senaman yang dianjurkan ialah menghisap sebatang rokok..dang!!

PS : miang juga arr email yang officemate aku bagi ni sebab aku dah lama stop work out..kena cari something utk kembali aktif..