Monday, 23 May 2011

Tamakninah

korang sure kuat sembahyangkan..aku percaya korang antara hamba Allah yang taat melakukan perintahNya..

nowdays kalau aku pergi shopping..bila masuk je waktu..surau atau masjid sure penuh..berpusu pusu orang datang utk mengerjakan ibadah..namun kekadang aku lihat ada yang solat seperti "ayam patuk jagung" bukan nak mengata..tapi pentingnya kesempurnaan solat itu amat aku titik beratkan..

aku sendiri kadang2 terlepas pandang juga dalam hal ini..tapi tidakkah kita dianjurkan muhasabah diri selalu utk beribadah ditahap yang terbaik setiap kali kita menghadap pencipta kita..wallahualam

mari kita melihat isu yang ingin aku ketengahkan utk kita sama sama perhatikan..

Apakah yang dimaksudkan tamakninah?


Tamakninah dalam bahasa mudah bererti ‘bertenang’, orang putih sebut ‘ease’. Tamakninah ialah berhenti sebentar, sekadar sebutan ‘subhanallah’ sedang anggota berat hendaklah berhenti membuat sebarang pergerakan.

Anggota berat yang dimaksudkan itu ialah kedua tangan hingga ke pergelangan tangan dan kaki. Sekiranya anggota ini bergerak semasa rukuk tanpa berhenti, maka belum lagi dinamakan tamakninah. Kalau pergerakan ini berlaku tiga kali berturut-turut maka batallah solatnya. Anggota ringan ialah jari, lidah, kelopak mata dan zakar. Jika anggota ini banyak pergerakannya, maka tidak batal solatnya, tapi hanya makruh. Ibarat anda memandu sebuah kenderaan, maka pada waktu di persimpangan wajar hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah. Begitulah seharusnya berlaku dalam solat.

Oleh sebab tamakninah sebahagian daripada rukun solat maka pengabaiannya boleh membatalkan solat. Hal ini sering diabaikan kerana kurang pendedahan semasa belajar. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Bayangkan jika kita bersolat sepanjang hayat tetapi kita diibaratkan seperti ayam yang mematuk tanah... Adalah solat kita diterima Allah...?

Di sini disenaraikan tempat yang perlu tamakninah dan kesilapan yang sering terjadi.

1. Rukuk, sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama dan kedua tangan memegang kepala lutut, sepatutnya hentikan pergerakan kasar seketika. Itulah kadar tamakninah yang barangkali sempat dia membaca subhanallah.

2. Iktidal, pergerakan bermula daripada keadaan rukuk kembali menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti dia berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri dahulu dan itulah kadar tamakninah.

3. Sujud, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan tenang itulah kadar tamakninah.

4. Sujud kali kedua, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan itulah kadar tamakninah.

5. Duduk antara dua sujud, sewaktu duduk sambil membaca doa, “rabbighfirli...” tidak mungkin berlaku pergerakan anggota besar, apatah lagi tangan diletakkan di atas paha. Keadaan setenang itulah tamakninah yang harus dipatuhi.

Berikut adalah tempat yang sering diabaikan tamakninah:

1. Iktidal, terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

2. Iktidal, terdapat juga sesetengah orang sama ada orang muda mahupun orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, tangannya diayunkan berkali-kali dan belum sempat tangan itu berhenti, dia telah turun untuk sujud. Solat ini juga tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

3. Sujud, waktu sujud dua kakinya dibiarkan bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna kerana syarat sah sujud bila tujuh anggota sujud mencecah ke lantai. Pada masa yang sama solat itu sah kerana tidak berlaku tamakninah.

Selain itu, sewaktu kita bangun daripada sujud kedua kepada rukun berdiri tegak untuk rakaat seterusnya tidak ada tamakninah. Namun untuk lebih bersopan kita disunatkan duduk sebentar yang perbuatan itu diberi nama duduk istirahat. Duduk yang dimaksudkan ini bukan tetap seperti yang dilakukan ketika duduk antara dua sujud tetapi sekadar berhenti. Ibarat anda memandu kereta, pada persimpangan yang tidak sebuk anda membrekkan kenderaan tetapi tayarnya masih bergerak. Wallahu ‘alam.

Langkah-langkah memelihara hikmah solat

Ada beberapa hal yang perlu kita perhatikan di saat melaksanakan ibadah solat agar hikmah di dalamnya selalu terjaga.

Pertama: Menjaga rukun-rukun, perkara-perkara wajib dan sunat solat.

Rasulullah SAW bersabda: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihatku solat.”

Kedua: Ikhlas, khusyuk dan menghadirkan hati
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Surah al-Bayyinah 98:5)

Ketiga: Memahami dan mentadabburkan ayat, doa dan makna solat

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Surah al-Maa‘uun 107:4-5)

Kempat: Mengagungkan Allah dan merasakan kehebatan Allah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “…Kamu mengabdi kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan apabila kamu tidak melihat-Nya, maka (yakinlah) bahwasanya Allah melihat kamu…” (Hadis riwayat Muslim)

Pesanan aku beribadahlah sebaik mungkin..apa guna sekadar beribadah kerna diperintahkan dan melepaskan batuk ditangga..kerugian pada pihak kita..cubalah dapatkan solat sesempurna mungkin kerana SOLAT adalah perkara pertama yang akan dihisab nanti..wallahualam..selamat beramal

Sunday, 22 May 2011

Selamat Jalan ke KIWI LAND

Ok benda ni berlaku semalam tapi baru today aku dapat upload, si dia tinggalkan aku untuk sepuluh hari bersama team dia ke KIWI LAND pweeewitt..you mmg hebat lar kekasih..anyway so proud of you and i can see you sangat happy kesana..hope and menyukai dan enjoice!!

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 13jam pasti sudah memenatkan bukan? tapi alhamdulillah kamu sms pagi tadi pukul 645am kata sudah sampai..so sudah pasti teruja bukan..

Semalam almost 48 orang batalion Public Mutual dan mostly group Champion in the house yang conquer flight ke sana..Tahniah!! harap harap korang dapat lapang kan fikiran dan balik dengan semangat yang berkobar kobar..

well aku taktahu kenapa aku masukan entry ini but basically aku rasa macam hilang sesuatu..haih..cepat cepat larh sepuluh hari ni habis..bosan bangat dah ni


sebetulnya aku dan si dia tak pernah berpisah pun jauh jauh macam ni sepanjang kami kenal..kalau ada pun aku atau dia try utk balik secepat mungkin utk see each other..sure lar korang rasa nak muntah baca drama minggu ini..tapi aku rindu dowh..tolong arr faham..kalau korang kutuk aku..memang saja arr nak kena sepak..tak pun..cuba kau hantar orang kau sayang jauh jauh selama sebulan tgk apa jadi..tah tah teruk lagi dari aku..hekhekhek..ok larh..bosan..dah lar tuh babai

Thursday, 19 May 2011

Nur Kasih dan 19nya

tara...jeng jeng jeng..itularh dia poster Nur Kasih..hari ni akan ditayangkan pada umum secara serentak di pawagam seluruh Malaysia..aicewah macam promoter plaks..

anyway cerita Nur Kasih ni one of the best love story larh di Malaysia ni..dulu di tv3 dorang dapat 19juta penonton melalui drama siri yang ditayangkan..mgkn mengambil hasil berkat no 19 dorang tayangkan filem ini hari ini iaitu 19mei..wah ada apa apa ke..

office aku antara company yang menjalankan promosi tayangan Nur Kasih so as orang yang terlibat nak juga aku ke pawagam tgk apa cerita nya Nur Kasih The Movie..insyallah malam ni kot aku pergi..yer seorang diri..sekian terima kasih

Wednesday, 18 May 2011

DIGI WWWOW AWARDS

wow wow wow wwwow..apa kejadahnya semua ini..hah ini yang nk story mory little stoli..sehari dua ni kat era fm pak nil dan geng nakalnya asyik dok ulang ulang pasai award ini..aku pun agak blur apa kepentingan award ini pada masyarakat umum dan apa sumbangan yang bakal diberikan later..so aku buka websitenya utk mendapat kepastian


dan inilah penerangan yang diberikan oleh mereka :
DiGi passionately believes in Internet For All. It doesn’t matter who you are, what you look like, or what your point of views are – The Internet has a place for everyone to be themselves. For the first time in Malaysia, we’re celebrating the Internet with the DiGi WWWOW Awards that is by the people and for the people. The choice is in your hands!

now turn utk cakap oooooooo camtuh..ok good ..so aku glance thru larh category yang ada and tgk tgk lar siapa yang ada tercalon..well as for me benda baru still mencari hala tuju..byk benda boleh diperbaiki..dan aku rasa usaha ini sangat baik..keep it up DIGI u r rock!!aichewah..walaupun aku tak guna DIGI..tapi benda baik kita support larh..anyway da promo ni DIGI tamau calon saya as candidate ke..hakhakhak..acah wak labu jer..alrite all the best sapa yang bersaing..bersainglah cara sihat dan jangan tipu undi k..tak elok..hahaha dan tak kemana pun..fofuler je lebih..

Bangsar starbucks sesi muhasabah

 semalam aku ke bangsar village 1 jumpa kawan lama aku din..dia kerja disana..lama dah aku janji dengan dia nak jumpa..katanya ada benda yang ingin diborakkan dan mungkin nak tukar tukar pendapat..

sesampai aku disana..dan parking ditempat haram..maka aku dengan senang lenang berjalan kaki ke starbucks..on the way tu terperasan polis escort begitu ramai..dalam hati aku tetuan VIP mana plak lar lepak sini memalam..dekat je aku dengan kereta kereta mewah tersebut..mata aku terlihat kereta hitam bernumber plat KJ10Q..wah sungguh familiar bagi aku..wahal petang tadi baru jer baca cerita cerita tentang owner kereta tu kat satu blog yang femes juga..

sambil menunggu kelibat kawan aku..aku juga sibuk memanjangkan leher dok cari cari juga owner kereta tersebut dan dalam dok cari tuh muncullarh owner kereta tersebut..dan makanya dia datang dengan keluarga..seperti yang disangka aku..

ok tinggalkan bab dia..aku berborak dengan din agak lama juga..biasalarh habiskan masa terluang aku..memandangkan aku dengan si dia ada hal masing masing..jadi aku allocatekan timing aku supaya dapat dimanfaatkan utk masyarakat..dan bersembang larh dengan din..kesian juga dengar cerita si din ni..anyway bagi aku..begitulah Allah..kalau ingin Dia angkat sesuatu darjat seseorang Dia akan uji sehebatnya sebelum mengangkat darjat orang itu sepatutnya..dan buat din kau kena banyak bersabar dalam hal ini dan balas kasih sayang Allah itu sebaik mungkin..

anyway berkat jadi kaunselor dan pendengar yang baik din hadiah kan aku jeng jeng jeng...tumbler starbuck..yang kalau kau purchase harganya ialah rm52..tapi aku dapat percuma..ulang suara percuma..hahaha..thanx din

ps buat sesiapa nak share apa apa masalah atau minta nasihat..atau nak pinjam tinggal aku utk dibebelkan..aku sedia membantu..ok..drop je email or comments..aku layan insyallah

Tuesday, 17 May 2011

Badminton dan kasut!

a'hah...dan setelah berjalan proses bersukan aku secara consistent maka wujudlah beberapa permasalahan..nway aku nak cerita sedikit apa yang berlaku last 2 3 kali aku turun ke court badminton bagi rutin aku utk bersukan..alhamdulillah sakit sakit badan aku telah hilang dengan cepat dan recover bagi membolehkan aku beraksi dengan lbih baik lagi..dan dengan kesihatan yang baik ini aku berazam utk teruskan aktiviti ini sejauh mungkin yang aku boleh buat..terkagum kejap malam tadi dengan Prof Azman yang umur dah menjangkau 50++ tapi beraksi seperti orang muda..ternyata badminton dan sukan lain bukanlah hanya sukan meng-khinzir buta..

kembali mengenai badminton balik..nak cerita sikit pasai malam tadi..malam tadi tak ramai..tapi pair yang turun cukup membuatkan aku rasa tegigit kerana semuanya hebat2..umur je yang da tua mereka ni..tapi action still anak muda..

aku dapat juga belasah sampai 4 sets..set last aku yang sangat rancak..cuma sebelum yang last tu..masa aku pair dengan this one uncle..kasut aku belah depan sudah tercabut sikit..


hati aku mula terasa sikit..sebelum ini kasut tuh bawa kemana pun ok jer..berapa lasak pun dia setia jer..semalam terseret sikit je..terus tercabut sedikit depan dia..bingung juga aku..dalam keadaan daif macam ni mula macam macam hal berlaku.

tapi aku habiskan set last aku dengan rancak dan belasah kasut itu habis2an sebab aku takut takdapat rasa da main pakai kasut tuh..tapi alhamdulillah kasut tuh gagah menanti aku hingga set akhir..dan kami MENANG..hekhekhek..hebat tol..

sesudah habis game aku memandang kasut aku dan merasakan aku perlu buat sesuatu untuk perbaiki kasut ini..dan terus memakainya..atau aku...beli je yang baru..hakhakhak..smartkan kasut kat sebelah ni..kalau lar sesiapa yang baca blog ni bemurah hati untuk belikan kasut ini..aku akan nyatakan apa yang bakal dia dapat atas kemuliaan hatinya membelikan kasut ini.

1. Apabila anda belikan kasut ini dengan ikhlas anda serta merta buka buku pahala baru dan mendapat bonus point pahala dari Allah swt
2. Setiap kali saya sarung kasut ini utk bersukan anda akan dapat pahala anda.
3.Setiap kali saya sihat atas bantuan kasut ini setiap kali itulah kredit pahala masuk ke akaun buku anda..wah hebat tak??

Mesti anda tertanya macam mana nk hubungi saya kalau dapat membeli kasut yang comel ini..dropkan saja comment atau email..insyallah saya respond..thanx semua orang

Sunday, 15 May 2011

Selamat Hari Guru

hahai entry kali ini membuatkan aku menjadi bingung nak taip apa..tapi aku ingin mengucapkan

"SELAMAT HARI GURU bagi semua guru diseluruh MALAYSIA"


meriahkan ucapan aku??actually aku sendiri taktahu siapa guru kesayangan aku dan siapa yang benar benar aku sanjung sepanjang hidup aku menjadi pelajar..bukan kerna aku ini lupa diri tak sedar siapa yang mengajar aku ABC atau 123..tapi maksud aku di atas adalah tiada guru yang aku buatkan feveret2 ni..semua bagi aku semua guru adalah best dan sangat awesome bagi aku..hah amacam tacing tak..hekhek..aku dah tau da aku ni sweet..hahai..

anyway semoga semua guru didunia ini terus menerus tanpa putus asa utk mendidik anak murid zaman kini yang banyak ragam yang macam macam..and last but not least..wah inggeris communication gitu..aku sarankan semua guru2 amik seni mempertahankan diri..okeh..ok da tata~